Sempena mencapai 10,000 hits pada 3 Julai 2010, jam 10.27 malam (:P)

DESIGNERCOTTONFABRIC memulakan operasi secara online pada Feb 2010. Mencapai hits sebanyak 10,000 dlm masa kurang dari 6 bulan adalah sesuatu yang melangkau jangkaan saya. Terima Kasih di atas sokongan dari customer2, returning customer terutamanya, serta kalian yg melawat website ini. Terima kasih sgt2 juga kepada http://my-cottonhouse.blogspot.com dan juga http://craftzone-my.blogspot.com/ yang banyak membantu promosi.

So..dah namanya pun designer cotton fabric, selayaknya lah kena bagi kain lah kan? Dan inilah hadiah yg bakal dimenangi oleh pemenang yang terpilih (sorang aje). Pemenang akan menerima 1 yard designer fabric dari 1 keping panel seperti di bawah.

Designer Fabric dari Windham, Susannah by Holly Anderson dan Panel Birdie dari MODA. Panel tersebut sebenarnya mengandungi 10 bulatan burung. Sesuai dibuat quilt centerpiece dan tambahkan sashing dengan Susannah. Warna dah memang senada..:P.


Macamana nak masuk giveaway ni???

Senang sangat.

1. Komen kat post ni. Bagitau je apa2 ttg designer fabric. Siapa favourite designer anda dan kenapa anda suka dia? Manufacturer mana yg paling anda suka n kenapa? Koleksi paling anda nak tp belum dapat2 lagi atas sebab2 tertentu? Koleksi yg anda ada dan paling suka? Kalau anda tak biasa ngan designer fabric, komen aje ttg apa2 saja. Kalau nak bg komen ttg website ni bagus jugak. Apa lg yg patut ada utk memudahkan customer, etc.

2. Kalau rajin, linkkan website ni pada blog anda. Pastu link back dlm post 1. kat atas. Kalau rajin ganda dua, buat posting ttg giveaway ni kat blog anda. 😀

Pemenang akan dipilih pada 15 Julai 2010.

Advertisements