Ini entry khas untuk menjawab soalan-soalan yang biasa ditanya oleh customer.

1. Apa beza jenis cotton ini dan cotton yg biasa di Malaysia?

Bezanya ini ialah American cotton, bukan Japanese, swiss, chinese, English, Viatnamese, etc. Jarang dijual diMalaysia kecuali di kedai2 yang khusus untuk peralatan Quilt.

2. Ukuran Yard tu berapa panjang?

Yard tu ialah ela. 1 ela bersamaan 0.91 meter. Jadi kalau untuk membuat pakaian yang biasa guna 4 meter (contoh baju kurung), kain ini hendaklah dibeli sekurang-kurangnya 4.5yard.

3. Kenapa jual by yard? by 1/2 yard? and even Fat quarter?

Di website ini kami menjual dalam kuantiti sedikit untuk reday stock item kerana harganya yang mahal membuatkan pembeli fikir berkali2 kalau nak buat baju kurung. Selain itu, corak2 yang ada amat cantik untuk digunakan sebagai pakaian kanak2 atau blouse dan skirt. Teknik matching atau cantum-cantum juga amat sesuai, maka tidak menjadi masalah kalau ianya boleh dibeli dalam ‘cutting’ yang kecil. Selain pakaian, cotton ini juga amat cantik dan sesuai dijadikan patchwork utk quilt atau sebarang craft.

4. Oppss..Fat quarter tu apa?

Oh, maaf. Fat Quarter adalah ukuran utk sebidang kain (dengan lebar 45inci dan panjang 36 inci) dibahagi 4. Atau ringkasnya 22 inci x 18 inci.

5. Apsal mahal sangat? berganda harganya dengan cotton biasa?

Mahal kerana ianya diimport dari Amerika. Mills (kilang pembuat) juga di Amerika bukan China. Dan paling istimewa, anda boleh lihat corak serta koleksi yang diselaras antara satu sama lain. Ianya dipanggil designer cotton kerana corak2 adalah ciptaan Designer tertentu bukan seperti cotton yang biasa kita jumpa di sini yang tidak diketahui siapa perekanya. Selain itu kualiti kain lebih baik, lebih tebal sedikit dari cotton kita, serta warna-warna yang menarik. (ketebalan dan kualiti kadangkala bergantung kepada manufacturer)

6. Pre-order tu apa? (Hehe..jangan marah, soalan ni pun kadang2 ditanya)

Pre-order ialah order dahulu barulah barang akan dipesan dari pembekal. Utk cotton ini, biasanya customer perlu menunggu lebih kurang 2 minggu selepas membuat bayaran.

7.  Boleh tak saya nak beli borong? dan berapa harganya?

Maaf sangat2 sebab kami x menjual secara borong. Kami sendiri menjual cotton ini kerana ‘passion’ dan tidak memiliki stok yang besar. Jika ditolak secara borong sekalipun, kami tidak mampu menawarkan harga yang menguntungkan kedua2dua belah pihak.


Advertisements